Monday, 21 May 2012

Menjelang Angka 1



Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Jun. Apa ada pada bulan Jun ???. Its me & my buttercup Khalis besday.

Bulan Mac my darling hubby & my anniversary. Wahhh mak suka sebab anniversary satu je hadiah kan kan kan, tapi untuk JUN kena bagi dua coz mak ngan anak..Lepas tu kenala tunggu bulan Disember la pulak, lamanya nk tunggu my bumblebee Kasyah punye besday.

Sila-sila sediakan hadiah untuk anak-anak me okey, for me tak yah dah tua pun dah tak kisah sangat pun :P
Jomlah kita tengok Khalis dah pandai apa menjelang usia 1 tahun (besday Khalis (mama tumpang aje :p) maybe disambut di kampung dengan pulut kuning+rendang..nyammmmmm)

Dapat flash card from Anmum. Masih preggy Khalis dulu, mama minum susu Anmum, so sampai sekarang masih dapat sample untuk penyusuan (entah apa nama, lupa la) & Anmum Essential Langkah 3, best kan!! Kepada yang preggy jom klik kat facebook Anmum update keahlian, insyaAllah nanti ada yang col korang untuk pengesahan & dapat sample-sample from Anmum :)))
Tengok memang itulah kerjanya.. geget lagi dan lagi

Khalis tak tau lagi, bila tunjuk dan baca dia senyum then dia geget geget geget..:P

Tengok gigi yang semakin banyak, now she have 8 teeth..huhuhuhu
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ni adalah car abang Kasyah, banyak sangat sticker tapi dah buruk, mama tak jumpa lorr sticker yang ala gegel/princess lagi..

Tapi adik pun kalau jumpa sticker terus masuk mulut..huhuhuhu macam mana??, semua benda tak kira apa pun (nasi,habuk,keping biskut/roti) asal jumpa kat atas lantai, Khalis akan kutip lepas tu masuk dalam mulut, abang tukang jerit, mama tukang korek, adik??? tukang nangesla sebab nak makan mama dah korek kasi keluar itu barang..apa daaaa sob sob sob...:( :( :(((
Khalis buat muka cunnggss, geram tau..:P

Steady la dik, dah boleh lepas tangan. :)

 VRooommmmMMMM..(aksi ni ada yang tukang ajar, so memang dia akan ikut)

Setelah penat vrommm adik cari mama, baring kat cebelah mama...so sweettttt ada anak girl..manja giless, meh tepuk amai-amai dulu

Jumpa lagi yaaaa
Ppsst : my DH nak ajak kitaorang semua pi PD this skol holiday..horeeyyy & lepas tu pulang ke kampung, Makkk anak mu ini merinduimu..sob sob sob..:(

Sunday, 20 May 2012

Barang lama

Salam.
Selamat bertugas setelah 2 hari bercuti.. (^__~)

Hari ini, kebanyakkan sekolah akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Kasyah tidak ketinggalan untuk menghadapinya. Semoga anak mama dapat menjawabnya dengan faham, senang, betul dan mudah. Amin.

Kemas-kemas barang-barang lama terjumpa cd. Rasanya cd ni dapat dalam tahun 2006, masa Abang Kasyah masih menggunakan lampin pakai buang jenama Pampers. Ada lagi ke brand Pampers ni erk? Macam sudah tidak ada sahaja di pasaran sekarang kan..:P

Takpelah kalau tidak ada kan, sebab Adik Khalis pun pakai lampin kain moden :)

Inila cd yang dimaksudkan, Play, Sing & Learn.. Bagus cd ini untuk bayi dan kanak-kanak :)

 Yeahhh!! tengah try, test & error. Alhamdulillah kandungannya masih sedap di dengar, tak sabar nak buka cd ini di kereta, mesti Khalis sibuk nak goyang-goyang & geleng-geleng. :))

Selamat pagi terima kasih pampers.....lalalalala
.....Au cak au cak sayang mama (part yang paling Khalis suka hoyeee)
Berdiri...lalalala

Saturday, 19 May 2012

“I Want to Win Babywearing Gear for Great Cloth Diaper Change Malaysia 2012 CONTEST”

Salam & Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, seronok tahun ini Mama & Khalis dapat menyertai Great Cloth Diaper Change 2012 yey !!





Hadiah utama untuk GCDC 2012 ini adalah ALAT PENGENDONG BAYI. Wow !! hadiah yang lumayan yang memang dinantikan dan impikan oleh setiap ibu bapa..

Jom kita dapatkan alat pengendong bayi anda.. (^___~). Kepada rakan-rakan dan pembaca blog yang ingin menyertai contest ni jom klik sini (Facebook GCDC 2012) dan klik sini (blog rasmi MCDP). Hadiah pula di sponsor oleh pembuat pengendong bayi tempatan yang terkenal iaitu Liza Yaakup SNUGGbaby & Shada Bes BIGEYESBABY.

Terima kasih kepada penaja yang menaja..(Mudah-mudahan boleh menang !!)






“I Want to Win Babywearing Gear for Great Cloth Diaper Change Malaysia 2012 CONTEST" adalah kerana:-

1) Mendukung bayi boleh menyebabkan ibu atau bapa akan berasa penat kerana perlu menampung berat bayi itu. Sebagai ibu dan bapa pastinya kita inginkan yang paling terbaik untuk anak-anak. Bila ibu penat, ianya akan memberi tekanan kepada ibu yang tidak gembira dan saat-saat yang manis bersama-sama si manja akan terjejas. Oleh itu, alat pengendong bayi boleh meringankan beban dan membolehkan ibu bapa mendukung bayi dalam jangka masa lebih lama. Ini kerana berat bayi boleh diampu dengan penggunaan kain pengendong dan kita boleh meneruskan tugas harian, menguruskan anak-anak dan membuat kerja rumah dengan mudah dan gembira.

2) Naluri seorang bayi sentiasa ingin dekat dengan ibu. Kebaikan utama daripada alat pengendong ini dapat membantu pembentukan emosi, psikologi dan peribadi bayi. Bayi yang sering dikendong jarang menangis kerana keperluan naluri dapat dipenuhi. Bayi juga lebih intim dengan ibu bapanya kerana dapat ikut serta dalam menjalankan kehidupan seharian. Mereka dapat menerima lebih stimulasi dan dapat belajar daripada keadaan sekeliling memandangkan mereka lebih tenang apabila berada dalam dakapan ibu atau bapa.

3) Alat pengendong ini sangat mudah alih, boleh dilipat dan dibawa bersama dalam beg lampin. Jika melalui perjalanan jauh dipermudahkan dengan alat pengendong kerana sesetengah lokasi yang sibuk dan penuh sesak seperti terminal lapangan terbang atau pasar (seperti Jalan Tun Razak, terutama apabila tiba musim perayaan) memang sangat sukar untuk menggunakan kereta tolak, jadi alat pengendong bertindak sebagai penyelamat. Seronokkan !!, kita boleh mengendong si manja semudah A B C.!!



 lampin kain moden yang pertama saya miliki

 Koleksi sewaktu dalam berpantang

 Pertama kali Khalis mengenakan lampin kain moden :)

Pada permulaan, saya mula tertarik ingin menggunakan lampin kain moden sepenuhnya ini adalah ketika mengandungkan anak kedua kerana semasa anak pertama saya kurang pengetahuan berkaitan hal anak-anak dan juga kurangnya penggunaan dunia siber ini.  :P


Ketika trimester pertama saya teruja untuk mencari maklumat berkaitan dengan lampin kain moden atau lebih dikenali dengan nama "CD" (cloth diaper). Begitu juga tentang ilmu penyusuan ibu, kalau boleh saya ingin menyusukan anak saya sehingga 2 tahun atau lebih. Apa-apa pun terpulanglah kepada ibu bapa untuk memberikan apa yang terbaik untuk anak-anaknya. (^__^)


Sebagai penduduk bumi yang sayangkan bumi, saya menyahut cabaran kempen Bumi Hijau. Kata-kata "Bumi Ini Bukan Warisan Dari Nenek Moyang, Tapi Pinjaman Dari Anak Cucu Kita" memberi impak kesedaran kepada diri sendiri supaya lebih bersikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Maka saya rasa berkewajiban untuk mengembalikan bumi kita kepada anak cucu kita nanti dengan keadaan yang indah, bukan hancur lebur. Salah satu perkara  untuk memelihara dan atau memperbaiki kehidupan di bumi ini baik dengan penggunaan lampin kain moden yang mesra alam dan mesra pengguna (^__^)

Dunia lampin kain moden buat diriku .....
1) Menjimatkan kos dalam jangka masa yang panjang.
Lampin kain moden lebih murah dan jimat kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak berumur lebih kurang 3 tahun. Ianya perlu dicuci dan boleh digunakan semula oleh anak anda serta lebih selamat.


2) Kesihatan bayi lebih baik
Penggunaan lampin kain moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin. Sebab-sebab terjadi  ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin pakai buang, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain moden. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing yang boleh menyebabkan terjadinya ruam lampin. Di samping itu, Saya dapat memantau berapa kali sehari anak saya membuang air besar, dan dapat memeriksa sama ada najis itu normal atau sebaliknya.


3) Merapatkan hubungan mesra antara ibu dan anak
Saya dapat merasai kemesraan yang lebih bernilai apabila memakaikan lampin kain moden. Saya lihat si kecil saya sungguh comel dengan pemakaian pelbagai rekabentuk  dan warna lampin kain moden. Biarlah orang lain menyatakan susah memakaikan anak dengan lampin kain moden akan tetapi saya tetap bertegas dengan mereka saya tetap menjadikan lampin kain moden adalah pilihan terbaik untuk anak saya. Setiap cucian lampin kain moden yang mengandungi najis itu mengenangkan saya terhadapa ibu saya sendiri, dimana pada ketika zaman saya bayi dahulu ibu saya juga memakaikan saya dengan lampin kain putih, walaupun sudah ada lampin pakai buang pada ketika itu akan tetapi ibu bapa saya tidak mampu untuk membelinya. Saya dapat berkongsi perasaan dengan ibu bagaimana kenangan-kenangan membersihkan lampin kain itu. Saat-saat yang tidak mungkin kita akan lupakan.


4) Mengurangkan tekanan
Semua orang akan mengalami tekanan. Samada di tempat kerja atau di rumah atau bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi saya dengan melihat dan merasai lampin kain moden yang mempunyai pelbagai warna, corak dan bentuk dari pilihan yang ekonomi hinggalah yang berjenama boleh membuat terapi umtuk saya menghilangkan tekanan sehari-harian. Yelah sebagai ibu yang berkerjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan seharian yang berkaitan dengan keluarga dan anak-anak. Seronok bukan? Corak-corak yang kita lihat dengan mainan warna-warni yang berciri-cirikan keanak-anakan membuatkan kita sentiasa tersenyum sendiri.

Ada banyak lagi keistimewaan Dunia Lampin Kain Moden ini. Apabila kita telah membuat keputusan untuk masuk ke dunia ini pasti kita rasai 'keasyikkannya"


Friday, 18 May 2012

JANJI

Seperti yang dijanjikan mama kepada Khalis tempohari. Khalis dah nak mula bertatih kan kan kan.
TARAAAA !!! Inila dia sandle Fiffy.

Susah tau nak cari sandle budak kecil rupanya. Mama tidak suka hendak beli kasut kerana kasut nampak semak untuk penggunaan sehari-harian. Kalau sandle kan nampak sempoi sikit.

Eeyyyah nampak longgar sikit tapi okeyla jari jemari Khalis tidak terjulur-julur. :P
Untuk Khalis di usia 11m ++ mama beli sandle saiz 3

Tidak mahu tunjuk gambar belakang yang messy. :P Close up sikit

Okey daaaa SELAMAT BERHUJUNG MINGGU